Welcome! This is a website that everyone can build together. It's easy!

PengenalanThis is a featured page

Pengenalan - Rosmadi Optometrist Sdn Bhd


eKOLEKSI
buat duit dari rumah

PROMOSI CUTI SEKOLAH
bingkai RM20
Sila kunjungi mana-mana cawangan kami
yang berdekatan dengan anda....





logoROSMADI OPTOMETRIST SDN BHD

Rosmadi Optometrist Sdn Bhd telah diasaskan oleh usahawan bumiputera, Tuan Haji Rosmadi b Nawi pada 1993. Pada peringkat awal penubuhan, ia beroperasi sebagai sebuah perniagaan milikan tunggal. Pada Sep 1996 ia telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad.

Operasi syarikat dikendalikan sepenuhnya oleh optometris lulusan UKM yang berkelayakan, berpengalaman dan berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Optik Malaysia (MOM).

Pengenalan - Rosmadi Optometrist Sdn Bhd staff

Pengenalan - Rosmadi Optometrist Sdn BhdTUJUAN UTAMA PENUBUHAN

Penubuhan Rosmadi Optometrist Sdn Bhd dan cawangan-cawangannya adalah bertujuan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam perniagaan khususnya dalam perkhidmatan penglihatan mata. Klinik Optik ini mampu memberi perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkesan kerana ia dijalankan oleh optometris-optometris bumiputera yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang ini. Memandangkan Akta Optik 1991 telah diluluskan, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan optometri dalam bidang kesihatan mata telah meningkat.


Pengenalan - Rosmadi Optometrist Sdn BhdOBJEKTIF PENUBUHAN

1. Menyediakan perkhidmatan klinik optometri
2. Memberi peluang pekerjaan kepada graduan lepasan universiti untuk menceburi profesion optometris
3. Meningkatkan taraf perkhidmatan rawatan mata yang lebih baik dan terjamin.
4. Menyedarkan mesyarakat tentang kepentingan rawatan mata dari mereka yang bertauliah.


Pengenalan - Rosmadi Optometrist Sdn BhdMOTO SYARIKAT
Home - Rosmadi Optometrist Sdn Bhd



Pengenalan - Rosmadi Optometrist Sdn BhdLATAR BELAKANG PENGARAH URUSAN

Pengenalan - Rosmadi Optometrist Sdn BhdHaji Rosmadi bin Nawi
merupakan anak Melayu Jati Kelantan yang berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Optometri dari Universiti Kebangsaan Mslsysia (UKM). Beliau merupakan seorang optometris yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan pernah dianugerahkan sebagai Usahawan Berdikari Kelantan dari Kerajaan Negeri Kelantan pada 07 September 2006.

Bagi meningkatkan keyakinan dan pengetahuan dalam perniagaan beliau juga turut menyertai Kursus-kursus Usahawan yang dianjurkan oleh pihak MARA, memandangkan pada masa dahulunya perniagaan ini dimonopoli oleh bukan bumiputera khususnya kaum cina.











Rosmadi Optometrist Sdn Bhd
PT135 Tingkat Bawah Bangunan MAIK
Jalan Tok Hakim, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel :: 09-7444 655 Fax :: 09-7484 655




eKOLEKSI
buat duit dari rumah








rosb
rosb
Latest page update: made by rosb , Nov 9 2008, 5:28 PM EST (about this update About This Update rosb Edited by rosb

1 image added

view changes

- complete history)
More Info: links to this page

Anonymous  (Get credit for your thread)


There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.